feedburner

Enter your email address:

Kursus 7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan .. Hari Pertama

Labels: , ,

Salam ,

Hari ini aku menghadiri kursus 7 Tabiat Orang yang Amat Berkesan di bangunan Amcord Mall, PJ selama 3 hari.  kursus ini dikendalikan oleh FranklinCovey. Pada peringkat awalnya pemergian aku ini hanyalah untuk memenuhi tuntuan KPI aku jek sebenarnya. Selalunya tahun-tahun sebelumnya aku memilih pergi ke course yang berkenaan dengan tugak hakiki aku di pejabat iaitu sebagai System Analyst a.k.a programmer. Untuk tahun nih aku cam pening lak untuk aku pergi course2 technical nih , antaranya:


  •  Aku rasa course aku pergi sebelum nih belum puas aku praktikkan lagi.
  • Bila bila pergi technical course nih kepala aku mesti pening kerana amatlah stress untuk menghabiskan modul-modul tuh.
  • Rasa apa yang diajar di course2 tuh mungkin hanya aku paham basic nyer ajek. *ini yang paling bahaya bila aku balik ke opis mesti orang lain ckp aku dah terer bab tuh .
Itu jelah antara sebab-sebab kukuh aku memilih kusus 7 Tabiat Orang yang Amat Berkesan ini. 

Pagi tadi aku bertolak pun malas-malas jek, niat mesti boring nih couse nih. Niat awal pun dah tak betul, nak pegi rilek. sampai jek kat sana, aku rasa aku antara terlewat tiba. Pendaftaran pukul 8.30pagi, kul 9 aku baru sampai. Ada kira-kira 20 orang peserta. Dari tempat keja aku jek dah 3 orang .

Pada hari pertama kursus ini dikendalikan oleh En Radzi Zainal. untuk Hari pertama nih topik dia ada pengenalan tentang kursus ini, asas kepada kursus ini. Dengan pengalamannya sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang kerjanya, berlatar belakangkan seorang yang pernah bekerja di bidang IT selama lebih 10 tahun walaupun dia adalah lulusan akauntan, mendapat kepercayaan menguruskan Group Procument dan kemudian group HR. wow ... aku amat kagum!.

Pada hari pertama kursus ini ditekankan mengenai bagaimana pentingnya kaitan Akhlak dan Personaliti bagi membentuk kemahiran berteraskan akhlak yang dapat menangani kehidupan peribadi dan profesional kita. Ia mengaitkan kaitan Pokok (personaliti) dan Akar (akhlak).

"Tenaga-tenaga awal kita patut digunakan untuk pembentukan akhlak kita di mana ia selalunya tidak dapat dilihat oleh orang lain, seperti akar yang menampung pokok-pokok besar, Kita akan mula melihat hasilnya apabila kita memupuk akarnya" - Stephen R.Covey.

Selepas banyak penerangan mengenai prinsip-prinsip. yeah hidup kena ada berprinsip , tapi mestilah prinsip yang positif!. Prinsip yang ditekan adalah yang sejagat, kekal abadi, berobjetif !.  

Sedikit video menarik mengenai kursus ini :
FranklinCovey's The 7 Habits Video Preview: Carry Your Own Weather - menceritakan mengenai apa / ingin terjadi adalah atas keputusan kita sendiri, bukan sebab orang lain!.

FranklinCovey's The 7 Habits Video Preview: Stone - video ini mengisahkan seorang bekas pemain bola sepak Uganda (Stone namanyer) yang telah bersara disebabkan kecederaan di kaki akibat ditackle secara sengaja oleh pihak lawan, tetapi dia memaafkannya. kisahnya bagaimana dia melatih remaja-remaja di kawasan tempat di tinggal bermain bola sepak, memberi latihan kemahiran supaya mereka tidak terjebak dalam jenayah dll.  

Untuk hari pertama ini, apa yang aku dapatkan simpulkan mengenai kursus ini adalah ia cuba untuk memberi keyakinan kepada diri individu di dalam organisasi bahawa mereka memainkan peranan penting walaupun tugas mereka hanyalah seorang penghantar surat sekalipun! . Memeberi keyakinan bahaya kita sentiasa mempunyai pilihan dan pilihan itu terletak antara di tangan kita!.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails