feedburner

Enter your email address:

Keretaku buat hal lagi

Labels:

Salam semua, hari sabtu lepas ada temu janji dengan Tekno Proton Servis Bangi untuk kenalpasti masalah dgn keta proton Blm aku ni. Puncanya lampu amaran enjin menyala selepas enjin dihidupkan.


Kejadian ini berlaku semalam semasa hendak pergi ke klinik az zahrah bangi dari rumah di putrajaya.masa pandu kereta dalam 5 km perasan ada lampu amaran. Dalam hati dah cuak sebab ada ada 3 lampu di bahagian meter RPM,yang mana jika salah satu menyala bermakna kereta ada masalah. Lampu bentuk enjin menyala berwarna kuning menunjukkan enjin perlu diperiksa.


Aku yang memang tak tahu pasal kereta ni terus berhenti di bahu jalan dan buka buku manual. Memang aku tak paham apa yang ditulis dalam buku tu.nasib selepas menelefon rakan yang tahu pasal masalah ini beritahu kena bawa ke bengkel kerana perlu disambungkan ke komputer untuk mengetahui puncanya. Kereta masih boleh dibawa asalkan enjin tak rasa berat ataupun rasa semput. Alhamdulillah,dapat jugak aku pergi menbuat urusan di klinik az zahrah malam tu dengan keadaan lampu amaran masih menyala. Selepas diperiksa masalah berpunca dr masalah wiring pada lampu bekakang dgn reverse censor.reverse censor plak aku pasang kt kedai aksesori,proton servis bgtau wiring tu ganggu.erm tp 2 thn aku baru skrg ade prob. So proton servis tu terus potong wiring reverse censor tu supaya wiring jd mcm asal.aku ade gak minta dia cr solution supaya cr source lain tp dia ckp ni bkn standard proton le plak,aduhai teruknya pas ni x de la reverse censor. Total kos aku kena bayar rm130++,mahal tul ngan reverse censor aku lak yg x leh guna.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Related Posts with Thumbnails