feedburner

Enter your email address:

Perlu ke Water Filter

Labels:

Dalam beberapa minggu lepas ada le aku perasan kt tv pasal pasal isu penggunaan penapis air di rumah, bagi pendapat aku, buat masa skrg aku mmg memrlukan penapis air di rumah (tinggal di putrajaya). kalo air pili umah aku nih mmg lepas guna penapis air tuh cam nih la jadinya.



ada satu keratan cerita dari utusan malaysia yang aku tertarik nk komen dalam beberapa perkara:

''Bagi mengatasinya, pengguna hanya memerlukan penapis yang bersaiz 5 mikrometer atau 0.5 mikron. Ini cukup untuk mengeluarkan karat dan warna, tidak perlu penapis yang didakwa mempunyai pelbagai kebaikan yang berharga lebih RM2,000. Seperti saiz yang disyorkan, pengguna boleh mendapat penapis air dengan harga kurang RM150 sahaja,'' jelasnya yang mengingatkan supaya pengguna tidak mudah tertipu dengan iklan yang boleh mengelirukan.

Pendapat aku , betul x perlu carik yg mahal2 sebab skrg kalo pengguna bijak mencari di internet terdapat pelbagai model yg dijual di bawah rm1000, malah skrg aku dgr dalam rm500 pun boleh dapat. aku pn beli water filter dgn harga rm300 jek , murah kan walaupun harga di pasaran sebenarnya beribu raban (lebih 2K), tak perlu la aku bagitau apa jenama dia, yang pasti jenama yang agak terkenal di pasaran.  

Bahkan ada sesetengah penjual jualan langsung menggunakan gambar individu, personaliti atau perakuan pihak tertentu untuk menyokong dakwaan tersebut. Tidak ketinggalan menunjukkan sijil yang diterima. Sejauh mana perakuan dan persijilan itu benar, tidak diketahui kesahihannya.


untuk pembeli buatlah kajian di luar sana , internet ke. dah nama penjual , asal bole jelah diorg gooreng, walaupbagaimanapun jika kita dah buat sedikit kajian, insyallah kita akan dapat memilih penapis air yang murah dan berbaloi-baloi.


Walaupun tohmahan mengenai status air di negara ini dikatakan berada dalam keadaan kritikal dan bertoksik, tiada kematian dilaporkan seperti mana dakwaan syarikat-syarikat berkenaan.


mmg la aku pun x penah dengar lagi orang mati lepas minum air, walaupun air tidak di masak. bagi aku kesannya hanya dilihat dalam jangka masa panjang (nak tahu , searh jek kt mr. googgle .. carik cthnye kesan klorin dalam air) jika tidak menggunakan penapis air nih .  so, nak beli ke penapis air? lu pikir le sendiriiiiiiii .......... hehe


ini adalah berita penuh dari Petikan dari utusan.com.my

RATA-RATA iklan sistem rawatan air di pasaran menaburkan janji-janji kosong kepada pengguna.


Ada yang mendakwa boleh meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan alahan, memberikan tenaga yang meningkatkan keaktifan, mengurangkan atau menapis penuh bahan-bahan toksik di dalam bekalan air, meningkatkan oksigen terlarut dalam air, boleh menyahkan klorin, bakteria dan pelbagai unsur berbahaya daripada air minuman. Paling mempengaruhi pengguna ialah boleh membantu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.

Syarikat-syarikat penapis air ini banyak memainkan isu yang begitu sensitif sehingga mengelabui pemikiran pengguna dengan isu bekalan air yang dicemari, toksik dan sebagainya. Mereka memberikan gambaran-gambaran yang negatif mengenai bekalan air di Malaysia mengikut imaginasi masing-masing.

Bahkan ada sesetengah penjual jualan langsung menggunakan gambar individu, personaliti atau perakuan pihak tertentu untuk menyokong dakwaan tersebut. Tidak ketinggalan menunjukkan sijil yang diterima. Sejauh mana perakuan dan persijilan itu benar, tidak diketahui kesahihannya.

Walaupun tohmahan mengenai status air di negara ini dikatakan berada dalam keadaan kritikal dan bertoksik, tiada kematian dilaporkan seperti mana dakwaan syarikat-syarikat berkenaan.

Tidak dinafikan, trend untuk memiliki peralatan penapis air ini telah ditahap kegilaan. Kita melihat isi rumah sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli penapis yang bertujuan menyingkirkan bakteria dan bahan kimia yang terkandung dalam air.

Bagaimanapun, pengguna tidak boleh disalahkan. Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap isu kesihatan, setiap kita mahukan teknologi yang terbaik bagi melindungi diri dan keluarga, lebih-lebih lagi mereka yang sedang mengalami penyakit kronik. Bagaimanapun, kita perlu berwaspada.

Trend menggunakan penapis air sebenarnya sudah lama bertapak di pasaran tempatan dan antarabangsa. Cuma lewat ini, obses manusia terhadap alat ini menyebabkan alat penapisan yang dihasilkan semakin canggih, semakin banyak fungsi dan semakin mahal.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM), Piarapakaran Subramaniam berkata, air yang kita peroleh daripada pembekal adalah mengikut standard kualiti air yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Air terawat mengandungi bahan-bahan terlarut dalam kuantiti yang selamat. Nilai-nilai ini adalah selamat berdasarkan syor yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana KKM mengikuti standard tersebut.

Ujarnya, menurut pemantauan KKM, bekalan air kita menepati piawaian yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, kewujudan kotoran di dalam air yang dibekalkan kepada pengguna memberikan tanggapan berbeza.

''Kotoran yang wujud di sesetengah kawasan mungkin disebabkan oleh salah satunya kebocoran pada sistem perpaipan awam, kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikpulihan paip bocor yang tidak efisyen serta kebocoran paip dalam premis pengguna.

''Begitu juga dengan kegagalan untuk menyelenggara tangki simpanan air. Sepatutnya perlu diselenggara sekali dalam masa enam bulan atau setahun, bergantung kepada kualiti air. Tidak dilupakan juga tangki simpanan utama yang berada di bawah bidang tugas syarikat pembekal air juga perlu diselenggara mengikut jadual.

''Selain itu, perpaipan lama (paip besi bergalvani) yang melebihi 15 tahun penggunaannya perlu ditukar dan diselenggara. Begitu juga dengan industri bekalan air perlu menukar dan menyelenggara paip-paip dalam sistem bekalan air awam,'' katanya ketika ditemui di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Piarapakaran, sebenarnya masalah air kotor dan berwarna berpunca semasa pengaliran tangki simpanan air ke paip pengguna, bukannya dari loji. Di loji airnya bersih dan tiada bertoksik dan mengikut syarat yang ditentukan oleh KKM.

''Jika kita lihat warna puncanya daripada karat dan mangan iaitu logam yang wujud semula jadi di dalam tanah dan kawasan tadahan air. Apabila mangan itu masuk ke sistem perpaipan kita, ia dalam kuantiti yang dibenarkan. Tetapi jika kuantitinya yang melebihi daripada 0.1 mikrometer, maka ia akan mengeluarkan warna.

''Karat pula berpunca daripada paip besi bergalvani. Ia biasa berlaku apabila air dialirkan dari tangki imbangan ke paip utama. Penyelesaiannya mudah, hanya perlu sentiasa diselenggara berjadual. Bila paip dah lama, automatik berkarat.

''Bagi mengatasinya, pengguna hanya memerlukan penapis yang bersaiz 5 mikrometer atau 0.5 mikron. Ini cukup untuk mengeluarkan karat dan warna, tidak perlu penapis yang didakwa mempunyai pelbagai kebaikan yang berharga lebih RM2,000. Seperti saiz yang disyorkan, pengguna boleh mendapat penapis air dengan harga kurang RM150 sahaja,'' jelasnya yang mengingatkan supaya pengguna tidak mudah tertipu dengan iklan yang boleh mengelirukan.

Beliau memberitahu, satu lagi masalah yang selalu dialami ialah bau dan rasa daripada bahan organik dalam air yang berpunca daripada kebocoran paip.

"Yang ini kita hanya perlukan penapis air yang mempunyai karbon teraktif.

''Dua jenis penapis ini boleh menyelesaikan masalah secara sementara.

''Bagi mengatasinya secara kekal, jika air berwarna dan berbau, pengguna harus menukar paip dalam rumah. Selain itu tangki air di rumah harus dicuci setiap enam hingga 12 bulan sekali bergantung kepada kekotoran,'' ujarnya.

Katanya yang juga Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), antara dakwaan oleh syarikat penapis air yang menyebabkan pengguna tertipu ialah air ada tenaga dan apabila air memasuki penapis air keluarannya lalu terus memberi tenaga.

''Ini tidak benar sama sekali. Tubuh kita mengandungi 70 peratus air, otak mengandungi 75 peratus air. Apabila kita mengambil air mencukupi, badan kita ini secara semula jadi sihat. Air kosong sebenarnya adalah agen yang baik untuk menyingkirkan bahan toksik di dalam tubuh menerusi pembuangan air kecil dan berpeluh. Ia perlakuan dan tenaga semula jadi.

''Selain itu, minum air daripada penapis air boleh meningkatkan sistem imun dan sekali gus akan menjadi lebih kuat. Sebenarnya air sememangnya mempunyai imunisasinya atas tindakbalas sel di dalam air. Tidak perlu penambahan yang tidak logik.

''Di samping itu, dakwaan menyatakan bahawa penapis air boleh memecahkan molekul-molekul air kepada partikel-partikel yang lebih kecil supaya mudah diserap oleh badan.

''Fakta sains menyatakan molekul-molekul air dipegang bersama oleh ikatan hidrogen yang kuat; ikatan ini tidak boleh dipecahkan melalui proses penapisan. Badan kita mempunyai kaedah semula jadi untuk menyerap air bagi kegunaan proses biokimia. Kewujudan penapis tidak memberikan sebarang impak positif kepada proses ini.

''Satu lagi dakwaan yang menyatakan penapis airnya boleh mengeluarkan klorin. Jika air dibekalkan dikeluarkan klorin, maka air itu tidak boleh disimpan, mesti dididihkan dan diminum segera. Sebabnya, jika tidak ada klorin, maka kuman akan membiak dengan cepat di dalam air.

''Ini adalah antara isu yang cuba dikelirukan oleh syarikat penapis air kepada pengguna,'' kata Pariapakaran.

Sementara itu, Eksekutif Program WECAM, Christine Lim Shok Hong memberitahu, banyak aduan telah diterima oleh WECAM mengenai isu penapis air ini.

Sebanyak 90 peratus rasa tertipu dengan taktik-taktik pengiklan yang diadakan oleh syarikat penapis air.

Manakala 10 peratus pula keliru untuk membuat pilihan untuk membeli penapis air yang sesuai dengan masalah yang mereka hadapi.

3 comments:
gravatar
Firdaus said...
March 3, 2010 at 4:30 PM  
This comment has been removed by the author.
gravatar
Motivasi Kerja said...
March 21, 2010 at 4:52 PM  

Salam Firdaus. Kalau tinggal di bandar macam kita ni memang perlu filter air, kekadang karat,lumpur pun ada juga kadang-kadang. Cuma nak beli mahal atau murah terpulanglah. Saya pun pakai yang murah je.

gravatar
Firdaus said...
March 23, 2010 at 7:52 PM  

salam sdr motovasi kerja, bagi pendapat sy , nk cari penapis perlu jugak tgk pada kualiti brgan tersebut dari segi badan2 yang meluluskan penapis tsbt. jikalau buatan malaysia selalunya badan seperti SIRIM (utk pastikan tiasa logam berat) dan JAKIM(utk status HALAL). kalo penapis tsbt berasal / ada komponen dari luar spt USA, pastikan ada kelulusan sprt NSF.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails